Seni Warisan Melayu Asli
Silat Cekak Hanafi
ASCH Masjid Al-Hidayah telah ditubuhkan pada 15 Julai 2016, seteleh pelajar-pelajar yang asalnya daripada kelas ASCH PKNS Shah Alam telah bersetuju untuk membuka sebuah kelas baru di Shah Alam bagi meluaskan lagi penyebaran Silat Cekak Hanafi.
Kelebihan Silat Cekak Hanafi
Kenapa anda perlu belajar Silat Cekak Hanafi? Di sini kami senarikan 6 kelebihan Silat Cekak Hanafi berbanding seni bela diri yang lain.
Tiada Unsur Tahyul & Khurafat
Silat Cekak ini dijadikan sebagai satu medium bagi menentang amalan tahyul dan khurafat yang biasa terdapat dalam seni silat pada zaman dahulu.
Ringkas dan Mudah
Silat Cekak Hanafi tidak mengaplikasikan kekuda dan bunga dalam menghadap serangan. Cuma berdiri macam anda berdiri semasa solat sahaja.
Silat yang Inklusif
Buah-buah Silat Cekak Hanafi ini mempunyai pergerakkan mudah yang sesuai untuk semua jenis fizikal dan umur, tidak kira kurus atau berisi, tua ataupun muda.
Tempoh Pembelajaran Singkat
Untuk kelas awam, anda hanya perlukan 1 tahun sahaja untuk menamatkan silibus mata pelajaran Silat Cekak Hanafi ini.
Silibus Matapelajaran Sistematik
Sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi ini telah disusun dengan sistematik bagi penuntut baru untuk mempelajarinya mengikut silibus dan turutan sepatutnya.
Cekap dan Kompeten
Segala langkah dan pergerakan dalam buah Silat Cekak Hanafi terdapat tujuannya tersendiri bagi membantu pengamalnya mempertahankan diri secara efisyen.
TOKOH-TOKOH SILAT CEKAK HANAFI
Kenali tokoh-tokoh Silat Cekak Hanafi yang berusaha keras bagi menyebarkan ilmu pertahankan diri warisan bangsa ini:
Ustaz Hanafi Haji Ahmad
Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad merupakan pemimpin agong Silat Cekak dalam dunia persilatan Melayu. Beliau telah melahirkan semula Silat Cekak pada 28 Disember 1965.
Y.M. Marwi Latiff
Yang Mulia Encik Marwi bin Latiff telah diijazahkan oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad pada tahun 1972 dan dijadikan Guru Utama pada 18 Mac 2007.
Mohd Izlan
Dilantik pada 26 Januari 2019, beliau telah mula mempelajari Silat Cekak Hanafi pada tahun 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebelum pulang ke Shah Alam dan mengambil alih tugas penyelia.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN KELAS
Untuk menyertai kelas Silat Cekak Hanafi, bukan calang-calang orang yang kami terima untuk masuk belajar. Terdapat 5 syarat utama yang kami letak kepada bakal pelajar kami:
Beragama Islam
Setiap penuntun yang ingin belajar Silat Cekak Hanafi perlu mengucapakan 2 Kalimah Syahadah
Mematuhi Pantang Larang
Silat Cekak mempunyai 5 pantang larang yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli
Sihat Tubuh Badan
Seni bela diri perlukan penuntut yang sihat tubuh badan dan juga mampu menggunakan semua anggota badan mereka untuk berlatih
Berumur Melebihi 18 Tahun
Kelas awam Silat Cekak Hanafi hanya membenarkan ahli yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
Berumur Melebihi 18 Tahun
Kelas awam Silat Cekak Hanafi hanya membenarkan ahli yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
Mampu Memberi Komitment
Silat Cekak Hanafi memerlukan ahli yang komited menghadiri kelas bagi menghabiskan silibus pembelajaran mereka
Beragama Islam
Setiap penuntun yang ingin belajar Silat Cekak Hanafi perlu mengucapakan 2 Kalimah Syahadah
TUNGGU APA LAGI?
Jika anda boleh menepati semua syarat-syarat berikut, daftar dengan kami sekarang juga.
LOKASI KAMI
Gelanggang kami terletak di Padang Futsal seksyen 9 Shah Alam, di mana kelas dijalankan pada setiap hari Selasa dan Jumaat, pukul 9.30pm – 11.30pm