Hak Mempertahankan Diri Part 2

ADAKAH KITA BOLEH MEMBUNUH PENJENAYAH DEMI MEMPERTAHANKAN ORANG LAIN?

mempertahankan orang lain

Hak Mempertahankan Orang Lain

Jawapannya boleh. Hak membela diri juga terpakai kepada orang ketiga. Anda boleh mempertahankan orang lain.

Wong Laii Fatt vs PP

Contohnya dalam kes Wong Laii Fatt vs PP, beliau telah menggunakan pisau dan menikam orang yang sedang merogol isterinya. Mahkamah membebaskan tertuduh dengan alasan bahawa tertuduh layak menggunakan hak membela diri dan membunuh orang yang sedang merogol isterinya.

JIKA RUMAH ANDA DIROMPAK, PECAH RUMAH PADA WAKTU MALAM, BOLEHKAH ANDA MEMBUNUH PEROMPAK TERSEBUT?

Jawapannya ya, boleh. Seksyen 103 menyatakan bahawa hak pertahanan peribadi ke atas harta malah boleh mengakibatkan kematian kepada penyerang anda jika kesalahan itu merupakan:-

  • rompakan
  • rumah yang dipecah pada waktu malam
  • kerosakan oleh api
  • kecurian, kerosakan atau rumah

Bagi (c) dan (d), anda hanya boleh membunuh penyerang anda jika ia melibatkan ancaman kematian atau kecederaan yang teruk, akibat daripada jika anda tidak menggunakan hak anda untuk membela diri.

Had Membela Diri

Namun had anda untuk membela diri ada hadnya. Hak anda untuk membela diri hanya muncul apabila anda diserang pada waktu itu dan hak anda itu akan tamat apabila pencuri/perompak atau penyerang anda melarikan diri dari anda.

Jadi, adalah menjadi satu kesalahan jika anda mengejar penyerang anda dan membunuhnya kerana tempoh had masa anda untuk membela diri telah tamat. Kini anda pula dianggap sebagai penyerang kerana anda tidak lagi membela diri.

Dengan penjelasan ini kami berharap dapat memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap undang-undang membela diri di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published.